Bumi adalah tempat yang penuh dengan kehidupan, penuh keharmonian, penuh dengan kegembiraan. Tetapi bumi juga kini penuh dengan suka duka, kesedihan, kesengsaraan. Siapa yang menentukannya? aku sering membaca berita-berita tentang kesengsaraan yang dialami manusia-manusia yang tiada bezanya dengan diri aku. Tetapi kenapa mereka menjadi mangsa, dalam keadaan lemah, tidak berupaya. Mereka diseksa, dibebani oleh bahana kerakusan manusia lain yang bersifat syaitan. Rakus dengan duniawi. Aku kini menanti panggilan organisasi pengaman dunia untuk memberi bantuan di kawasan-kawasan bencana perang yang tidak memberi sebarang manfaat pada manusia. Aku dijadualkan berlepas kesana pada minggu hadapan dan akan berada disana selama 3 bulan. Disudut hati aku Terdetik semangat yang amat berkobar untuk berbakti sesama manusia tanpa mengira latar belakang bangsa mahupun agama. Syukur kerana pemergian kali ini bersama sahabat aku, joe dan malisa. Mereka adalah sahabat aku sejak dari bangku sekolah lagi. Masing-masing kini mempunyai kerjaya impian masing-masing, joe adalah seorang peguam muda yang sangat petah bila di kamar pengadilan nya, malisa pula seorang doktor yang baru tamat pengajian di luar negara. Aku hanya seorang pendidik yang ingin melihat anak bangsanya maju dan berjaya disemua lapangan. Perjalanan kami bersama ahli pasukan lain memakan masa hampir 12 jam. Sepanjang perjalanan itu, pelbagai yang dibincangkan maklumlah kami bertiga agak lama tidak bertemu kerana kesibukan kerja masing-masing. ekpedisi kali ini sebenarnya telah diadakan oleh sukarelawan yang ingin membantu menyalurkan bantuan dari pelbagai segi terutamanya perubatan dan makanan. Joe yang mendapat berita tentang ekpedisi ini memberi cadangan pada aku dan malisa untuk menyertainya kerana ini juga salah satu impian kami bertiga. Perasaan teruja yang amat sangat membuat kami tidak merasa letih sepanjang perjalanan itu. Malisa turut menceritakan pengalamannya semasa melanjutkan pengajiannya di Russia.
Malisa pernah ditugaskan sebagai petugas perubatan bantuan semasa dalam pengajiannya. Pada ketika itu berlaku pergolakan di selatan Russia berhampiran ukraine. Malisa ditempatkan di salah sebuah kem penempatan sementara bagi pelarian, disana malisa merawat beratus-ratus pelarian yang kehilangan segalanya termasuklah ahli keluarga akibat pergolakan itu. Malisa memberitahu bahawa kebanyakan mangsa adalah kanak-kanak dan warga tua. Aku dan joe amat hiba dengan cerita dari malisa. Terlintas di fikiran aku bagaimanakah masa depan kanak-kanak tersebut. Malisa juga menceritakan detik cemas apabila kem yang mereka tinggal turut diserang oleh gerila-gerila. Walau bagaimanapun kem mereka selamat kerana keselamatan yang amat ketat disana.Tetapi tetap memberi kesan bagi kami yang tidak pernah mengalami detik sedemikian, Maklumlah kami anak selepas merdeka. Tidak merasa keperitan orang-orang dulu untuk mencapai merdeka. Tanpa disedari Kapal terbang kami hampir sampai ke destinasi kami iaitu.............bersambung>>>>

Tiada ulasan:
Catat Ulasan